Motosikal dan rangka motosikal curi yang dirampas. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad

Kepala Batas: Polis Seberang Prai Utara (SPU) menumpaskan tiga geng curi motosikal dengan penahahan 10 suspek dalam Ops Lejang sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, lima ahli Geng Lahar Kepar berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan sekitar pekan ini pada 11 April lalu.

Katanya, susulan penahanan suspek Geng Lahar Kepar, polis menumpaskan satu lagi kumpulan curi motosikal Geng Nyior Sebatang membabitkan tiga suspek.

Azmi berkata, terbaru pihaknya menumpaskan Geng Kampung Selamat susulan penahanan dua suspek di Tasek Gelugor.

"Berikutan penahanan 10 suspek terbabit, polis merampas 18 motosikal termasuk rangka yang ditemui dalam tali air," katanya pada sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 4:24 PM