AKIM meraikan warga Miri di sesi beramah mesra bersama peminat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
AKIM meraikan warga Miri di sesi beramah mesra bersama peminat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Mohd Rizal Abdullah

[email protected].

Miri: Lebih 1,000 pengunjung pusat beli belah Pemaisuri dihiburkan dengan kehadiran artis terkenal negara dalam sesi bersama peminat sempena Konsert Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt di sini, hari ini.

Antara artis yang hadir adalah Akim & The Majistret, Radhi OAG, Ronnie Hussein, Amelina, Sandra dan Sakura Band.

Kunjungan mengejut pada 8 malam itu melibatkan sesi ramah mesra artis berkenaan bersama peminat selain promosi pelbagai produk Yeo's di pusat beli belah berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kuiz, sesi autograf sesi bergambar bersama peminat.

Acara kemuncak konsert ini akan berlangsung di Miri City Fan malam esok membabitkan semua artis jemputan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 9:57 PM