FARIQ memberi ceramah bertajuk ‘Salah faham mengenai Islam.’ FOTO Ramdzan Masiam
Norsyafiqah Zamal Ishak


Georgetown: Lebih dua ribu orang memenuhi Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendengar ceramah Fariq Naik, malam tadi.

Anak kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik itu menyampaikan ceramah berkaitan salah faham terhadap Islam.

Fariq Naik dalam ceramahnya berkongsi soalan sering ditanya oleh orang bukan Islam termasuk isu jihad, Islam dipotret sebagai pengganas, poligami dan pemakaian hijab oleh golongan wanita Islam.

Pengasas Islamic Propagation Society International (Penang) (IPSI), Kamarudin Abdullah berkata, pihaknya menjemput Dr Zakir Naik berkunjung ke Pulau Pinang namun beliau tidak berkesempatan untuk hadir dan menggantikan jemputan itu dengan anaknya.

Kamarudin turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kenali Islam’.

Seluruh tempat duduk di atas dan bawah dewan dipenuhi penonton terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Tiada soal jawab dalam ceramah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 11:42 PM