AKIM & The Majistret janjikan persembahan mantap.
AKIM & The Majistret janjikan persembahan mantap.
RADHI OAG
RADHI OAG
SANDRA
SANDRA
SAKURA Band
SAKURA Band
Ramlah Zainal


Konsert Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt yang akan berlangsung di Miri Fan City, Sarawak jam 8 malam ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular tanah air.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada Akim & The Majistret, Radhi OAG, Ronnie Hussein, Amelina, Sandra dan Sakura Band sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat mereka di bandar itu.

Persembahan paling dinantikan pastinya daripada Akim & The Majistret yang kini antara band paling popular.

Mereka dijangka menyampaikan rangkaian lagu popular seperti Mewangi, Potret dan Obses.

Begitu juga dengan penampilan ratu dangdut Amelina yang pastinya akan menggamatkan pentas malam ini.

Amelina bakal menyampaikan lagu hit terbarunya iaitu Cinta Harus Seksi.

Ronnie pula akan menyampaikan tiga lagu iaitu Dikoyak Waktu, Melangkah Laju dan sebuah lagu Inggeris manakala penyanyi baru Sandra bakal menghiburkan penonton dengan lagu popularnya Hey Kau!

Sementara itu, band berbakat besar Sakura Band akan menyampaikan tiga lagu iaitu Cake By The Ocean-DNCE, Polaroid dan Melepaskanmu.

Semalam, semua artis terbabit menceriakan peminat dalam sesi ramah mesra di pusat beli-belah Imperial Mall, Miri.

Program selama satu jam itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya kuiz, sesi autograf serta peluang bergambar dengan artis berkenaan.

Selain berhibur, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dalam acara cabutan bertuah antaranya TV LED 40”, Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy J1 Ace dan lima produk Air Cooler.

Siri Jelajah 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt turut dijayakan bersama rakan penaja air mineral semula jadi Cactus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 5:02 AM