FOTO hiasan
FOTO hiasan
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang terpaksa mengepung Balai Polis Ayer Itam dekat sini, sebelum menahan lima anggota balai berkenaan, awal pagi Sabtu.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam satu kes rasuah.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo dipetik berkata, semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima pihaknya.

"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan dan penahanan anggotanya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 8:33 AM