TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama orang ramai ketika hadir di Expo Outreach Dana Bumiputera@Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh. FOTO Muhaizan Yahya
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama orang ramai ketika hadir di Expo Outreach Dana [email protected] di Stadium Indera Mulia Ipoh. FOTO Muhaizan Yahya
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Muhammad Izzat Nazuruden


Ipoh: Pemasangan tambahan 1,200 Kamera Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) bukanlah tindakan menghukum namun langkah pencegahan untuk kurangkan kadar kemalangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemasangan tambahan di lebih banyak lebuh raya, jalan persekutuan dan lampu isyarat ini adalah supaya langkah pencegahan ini dapat dilakukan sekaligus mampu mengurangkan kadar kemalangan yang semakin meningkat.

"Jumlah kematian membabitkan kemalangan setiap tahun sebanyak 6,500 orang manakala jumlah kemalangan sebanyak 445,000 setiap tahun menjadikan negara ini mencatatkan kadar kemalangan tertinggi dan disebabkan itu langkah preventif (pencegahan) perlu dilakukan, bukan lagi langkah punitif (menghukum).

"Kita tahu pengumuman dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengundang pelbagai reaksi, namun inilah langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kadar kemalangan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Outreach Dana Bumiputera @Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pemasangan kamera itu akan diambil alih oleh anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera, katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ahmad Zahid berkata, isu itu sudah menemui titik noktah selepas pengesahan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa wang yang dimasukkan itu adalah derma tulen dari negara itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 1:33 PM