Rumah seorang penduduk yang bumbungnya diterbangkan ribut di Baling, petang semalam. - Foto SAFURI KAMARUDIN
Antara rumah di Baling yang rosak teruk akibat ribut petang semalam. - Foto SAFURI KAMARUDIN
Safuri Kamarudin


Baling: Sebanyak 36 rumah di empat kampung dalam Mukim Kupang, Baling, di sini, rosak akibat dilanda ribut petang semalam.

Kampung terbabit ialah Kampung Sadek membabitkan 25 rumah, Kampung Tanjung (empat rumah), Kampung Mengkuang (lima rumah) dan Kampung Kemangi (dua rumah).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Shamsul Izrin Isahak berkata, hujan lebat dan ribut kuat bersama petir kira-kira jam 6 petang semalam, menyebabkan rumah penduduk di Mukim Kupang rosak teruk.

Menurutnya, pihaknya sudah meninjau kawasan terbabit dan menghulurkan bantuan seperti tikar, selimut dan barangan makanan.

Menurutnya, wakil rakyat kawasan terbabit juga menyalurkan bantuan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:47 PM