Oleh Norhadiani Baharom

Shah Alam: Membawakan tema Rock, konsert keenam Akademi Fantasia 2014 (AF2014) menyaksikan peserta yang membawakan lagu Luka Dilukai dipopularkan oleh Shima iaitu Nor Aziha Md Salleh, 20, dari Johor tersingkir.

Dengan penyingkiran ini bermakna hanya tinggal lapan pelajar yang akan meneruskan perjuangan iaitu Nuha, Zarif, Aman, Nina, Azwan, Firman, Adel dan Ewal.

Selain nyanyian pelajar, konsert AF2014 diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Kembara di mana salah seorang ahlinya adalah sifu M Nasir.

Persembahan Kembara di pentas AF2014 itu memberi pratonton kepada peminat sebelum konsert berskala besar di Istana Budaya penghujung Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 11:43 PM