KEADAAN jerebu di Putrajaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 69 iaitu tahap sederhana setakat 9 pagi tadi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
PEMANDANGAN di perairan Pelabuhan Klang sekitar 9 pagi tadi. FOTO Faiz Anuar
Nurul Huda Kosnon


Kuala Lumpur: Dua Lokasi di Sarawak dan Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu, pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat 11 pagi tadi, IPU di Miri, Sarawak dan Pelabuhan Klang, Selangor masing-masing mencatat bacaan 146 dan 105.

Turut mencatatkan IPU sederhana adalah Banting dengan bacaan IPU 76, Kuala Selangor (70), Petaling Jaya (74), Shah Alam (83), Batu Muda (79, Cheras (73) dan Putrajaya (69).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Bacaan IPU semasa boleh didapati di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 1:13 PM