X
Poch kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mengendali Tottenham gelaran EPL.FOTO REUTERS
Poch kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mengendali Tottenham gelaran EPL.FOTO REUTERS

London: Mauricio Pochettino akan menerima bonus ‘nyaman’ sebanyak £500,000 (RM2.8 juta) jika Tottenham menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus dari Argentina itu - digelar Poch, menerima gaji asas sebanyak £2.5j (RM14 juta) di White Hart Lane membincangkan klausa itu sewaktu berhijrah dari Southampton.

Dia juga akan menerima £300,000 (RM1.7 juta) jika Spurs layak ke Liga Juara Juara (UCL) yang akan ditentukan minggu ini.

Spurs yang membelasah Stoke 4-0, empat hari lalu, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Leicester.

Kali terakhir Spurs bergelar juara liga Inggeris adalah pada musim 1960-61.

Skuad kendalian Claudio Ranieri itu akan berdepan Swansea di Stadium King Power Ahad ini sebelum Spurs menjadi tuan rumah skuad Tony Pulis (West Brom) di Lane pada hari berikutnya.

Pendapatan Pochettino di Spurs kini disemak semula oleh pengurus Daniel Levy dan bayaran gajinya selepas ini akan meletakkannya antara pengurus bergaji tertinggi dalam EPL.

Apa lebih mengagumkan gaji pengurus Arsenal Arsene Wenger, biarpun tidak memenangi sebarang gelaran liga sejak 2004 meraih pendapatan sebanyak £8j (RM45 juta) setahun di Emirates. The Sun

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 4:22 PM