MAYAT yang ditemui pekerja kilang yang dalam perjalanan ke tempat kerja.
MAYAT yang ditemui pekerja kilang yang dalam perjalanan ke tempat kerja.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat : Mayat seorang lelaki ditemui berulat dalam keadaan terbaring di dalam sebuah longkang di Jalan Minyak Beku, Kampung Petani di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat lelaki warganegara asing berusia lingkungan 30-an ditemui pekerja kilang yang dalam perjalanan menuju tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui berpakaian singlet putih dan berseluar pendek paras lutut.

Menurutnya, keadaan si mati juga sudah kembung dan dagu berulat dipercayai mati melebihi 48 jam namun tiada sebarang kecederaan atau kesan pergelutan pada mangsa ditemui.

"Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian akan terus dijalankan Unit Forensik Muar, Johor bagi mengesan bukti lain berkaitan mangsa dan kejadian.

"Siasatan awal mendapati kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut akan terus dijalankan, "katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 2:43 PM