FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi

Kota Bharu: Kira-kira dua ribu tetamu hadir di majlis sambut menantu pelakon Yatt Hamzah di rumah pengantin lelaki di Kampung Padang Bongor, Pengkalan Chepa, hari ini.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, ketika ditemui berharap rumahtangga yang dibina sejak 27 Februari, bersama Mohammad Zulfadli Khiruddin, 26, bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat selepas perkahwinan pertamanya terkandas di tengah jalan.

Katanya, mereka berkongsi minat yang sama iaitu suka melancong dan melakukan aktiviti mencabar.

"Suami saya sangat menyokong terutama dalam program yang membabitkan kemanusiaan dan saya berkenalan dengannya juga ketika menyertai misi kemanusiaan ke Syria, tahun lalu.

"Walaupun usianya 10 tahun lebih muda, namun perwatakannya sangat matang dan mudah dibawa berbincang yang membuatkan saya tertarik padanya," katanya.

Yatt tidak menolak untuk menambah zuriat dalam masa terdekat dan mahu memiliki empat anak lagi bagi menemani anak sulungnya, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 6.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 7:06 PM