KWOK menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik). FOTO ihsan UTM
Redzuan Muharam


Johor Bahru: Guru tuisyen sambilan, Kwok Yan Chee mencipta sejarah apabila muncul sebagai graduan paling veteran dilahirkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .

Yan Chee, 78, dari Cheras, Kuala Lumpur membuktikan keupayaannya itu apabila menjadi seorang daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) pada Sesi Sidang Kedua Majlis Konvokesyen ke-56, UTM pagi tadi.

Yan Chee antara 818 graduan Ijazah Sarjana Muda yang diraikan pada majlis berkenaan.

Dia ditemui selepas selesai Sesi Sidang Kedua Majlis Konvokesyen UTM ke-56 di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai, di sini.

Majlis penyampaian skrol itu disempurnakan Pro Canselor UTM Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 5:38 PM