Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Siapa sangka pada usia 43 tahun, wanita kental ini antara yang akan mengharumkan nama negara apabila bakal menakluki 30 menara tertinggi dunia bermula Julai depan.

Wanita kelahiran Tanah Merah, Kelantan, Suwaibah Muhammad Nasir berkata, misi ‘Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia’ itu akan dimulakan dengan mendaki menara pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai dan dijangka berakhir di Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam tempoh setahun.

Suwaibah berkata, misi yang bakal mengerah kudrat dan mencabar kekuatan fizikal itu juga bakal dicatat dalam Guinness Book of Records.

“Sejak kecil ini impian saya iaitu membabitkan diri dengan sukan dan melihat ramai anak muda tampil dengan keberanian mencipta nama menerusi semangat kental mereka.

“Sebagai wanita pertama mendaki 30 menara tertinggi dunia dan mewakili negara, saya berbangga untuk menyatakan kepada dunia dan mencipta nama selepas melihat kejayaan sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:12 AM
SUWAIBAH menunjukkan buku yang dihasilkan selepas berjaya menamatkan Larian Sahara 2012 sejauh 1,111 km selama 35 hari.
SUWAIBAH menunjukkan buku yang dihasilkan selepas berjaya menamatkan Larian Sahara 2012 sejauh 1,111 km selama 35 hari.