FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Sekumpulan 13 pendaki terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita sesat ketika mendaki Bukit Kutu di sini, semalam.

Mangsa berusia lingkungan 30-an itu memasuki kawasan Bukit Kutu melalui Kampung Pertak pada waktu pagi tadi sebelum tersesat di kawasan hutan Buloh Telor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7 petang daripada seorang daripada pendaki memaklumkan mereka sesat di hutan itu.

"Pendaki itu memberitahu mereka tidak dapat keluar kerana sesat dan sudah sampai berdekatan Sungai Selangor.

"Kita mengarahkan mereka menyusuri sungai sehingga menemui kawasan penempatan Kampung Buloh Telor sebelum diselamatkan 8 malam tadi," katanya.

Menurutnya, semua pendaki terbabit selamat tanpa sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 7:55 AM