Mourinho bakal menandatangani kontrak bersama United dalam tempoh terdekat. FOTO londonnewspictures/getty images
Mourinho bakal menandatangani kontrak bersama United dalam tempoh terdekat. FOTO londonnewspictures/getty images

London: Jose Mourinho akan diberikan sebanyak £300j (RM1.7 bilion) untuk dibelanjakan mendapatkan pemain baru apabila menjadi bos baru Manchester United.

United akan mengumumkan Mourinho sebagai pengurus baru kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam tempoh tidak sampai dua minggu lagi - apabila menandatangani kontrak menggantikan Louis van Gaal.

Kelab itu bagaimanapun berharap menunggu sehingga hujung musim untuk membuat pengumuman itu.

Mereka terpaksa mempercepatkan berita selepas desas desus Mourinho menandatangani kontrak bersama United tersebar luas di Portugal.

Pengurusan United menyedari Mourinho adalah satu satunya bos dalam dunia bolasepak yang mampu menyaingi Pep Guardiola yang akan mengendalikan kelab jiran, Manchester City.

Antara pemain bakal dibawa adalah Zlatan Ibrahimovic yang terbuka untuk perpindahan ke United tetapi tidak mahu bermain di bawah kendalian Van Gaal.

Mereka sebelum ini pernah bekerjasama di Inter Milan. Daily Star UK

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:22 PM