PENUNJUK perasaan berehat di tengah jalan raya selepas bertempur dengan polis berhampiran ibu pejabat kerajaan Hong Kong di Admiralty semalam.

Hong Kong: Ibu pejabat kerajaan terpaksa ditutup dengan kehadiran aktivis prodemokrasi di situ selepas mereka bertempur dengan polis semalam di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya protes sejak lebih dua bulan itu ditamatkan.

Pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying berkata, polis berusaha untuk bertolak-ansur ketika berdepan dengan penunjuk perasaan tetapi memberi amaran, "tindakan tegas"akan diambil-membayangkan kesabaran mereka semakin menipis.

Rusuhan tercetus apabila ribuan penunjuk perasaan mengepung daerah Admiralty di tengah-tengah bandar raya Hong Kong ketika penduduk lain pergi bekerja.

Sejumlah pejabat kerajaan, pusat perundangan dan kedai terpaksa ditutup pagi semalam.

Leung kemudian menyeru semua pelajar supaya pulang dan menamatkan bantahan yang tercetus daripada desakan untuk melihat reformasi pilihan raya diadakan di wilayah pentadbiran China itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Disember 2014 @ 5:53 AM