OLIVI (tengah) dijatuhkan pemain Ceres.
OLIVI (tengah) dijatuhkan pemain Ceres.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Selangor mensia-siakan peluang untuk meraih kedudukan lebih selesa ke pusingan kedua Piala AFC selepas sekadar seri 0-0 dengan kelab Filipina, Ceres La Salle di Stadium MP Selayang, malam tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hasan sepatutnya menggunakan peluang terhidang selepas wakil dari Singapura, Tampines Rovers tewas mengejut di tangan pasukan tercorot Sheikh Jamal 2-3 dalam satu lagi aksi Kumpulan E di Dhaka.

Zainal melakukan kejutan dengan mengeluarkan Patrick Ronaldinho seawal minit ke-20 dan menggantikannya dengan pemain tengah Adam Nor Azlin.

Ceres hampir di depan pada minit ke-27 tetapi sepakan percuma yang diambil pemain tengah Manuel Ott berjaya ditanduk keluar pertahanan Selangor Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Pada minit ke-31 giliran tonggak import Selangor, Mauro Olivi hampir menggegar gawang lawan tetapi sepakan leretnya menerusi gerakan solo berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan Louie Michael Casas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 6:20 AM