Nicol (kiri) ditenangkan oleh jurulatihnya, Liz Irving selepas tewas kepada Nour. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Hasrat ratu skuasy negara Datuk Nicol David untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Bukit Jalil tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Mesir Nour El Sherbini.

Nicol tewas 12-14, 11-4, 3-11, 7-11 dalam tempoh 33 minit.

Ia adalah kekalahan kelima berturut-turut Nicol ke atas pemain muda Mesir berusia 20 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 10:05 PM