Shazalli (tengah) selepas majlis pelancaran Xpax Magic Sim, semalam.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan pelan terbaru bagi pengguna prabayar iaitu The New Magic Reload by Xpax yang menawarkan data Internet lebih besar selain panggilan percuma tanpa had.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pelancaran pelan baru itu adalah rentetan daripada sambutan menggalakkan diterima daripada pengenalan kad sim Magic yang dilancarkan sebelum ini.

“Kami menerima maklum balas baik dikalangan pengguna hasil penawaran pelan sebelum ini dan kami memperkenalkan pelan baru dengan lebih banyak faedah kepada pengguna,” katanya.

Antara keistimewaan pelan terbaru ini adalah pengguna boleh memilih lima pelan Internet yang berbeza mengikut keperluan masing-masing dengan tambahan panggilan percuma tanpa had.

“Selain panggilan percuma tanpa had, pelanggan juga dapat menikmati akses tanpa had untuk Yonder Music secara percuma dan boleh membawa baki data yang masih belum digunakan ke bulan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 7:36 AM