Sebahagian jemaah yang menunaikan solat sunat Istisqa' di parkir Masjid Sultan Azlan Shah, pagi tadi. FOTO Yahya Zain
Mohamed Arsyad Md Yassin

Ipoh : Lebih 200 jemaah yang terdiri daripada penduduk sekitar, kakitangan kerajaan dan pelajar tahfiz hadir menunaikan solat sunat Istisqa' di parkir Masjid Sultan Azlan Shah di sini, pagi tadi.

Solat diadakan pada 9 pagi itu bagi memohon hujan berikutan fenomena El-Nino.

Solat dipimpin oleh imam masjid berkenaan Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Syed Mohd Muzzaffar yang ditemui kemudian berkata, solat itu diadakan bagi memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan yang membawa rahmat bagi memenuhi semula sungai,telaga dan empangan di negara ini.

"Diharap dengan pelaksanaan solat Istisqa’ ini dan disusuli dengan solat yang sama di tempat lain akan diberkati dan Perak khususnya akan dicurahi dengan hujan yang membawa berkat," katanya.

Katanya, pelaksanaan solat itu adalah mandat dan amanat yang diturunkan oleh Bahagian Pengurusan masjid dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang memohon agar setiap masjid di Perak menunaikan solat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 12:47 PM