FADIL (tengah) menunjukan dadah yang dibungkus dalam plastik minuman dan mi segera. FOTO Norasikin Daineh
FADIL (tengah) menunjukan dadah yang dibungkus dalam plastik minuman dan mi segera. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh


Tawau: Polis berjaya merampas sebanyak 1.4 kilogram syabu dan menahan dua lelaki di kawasan kilang papan di Brantian, Kalabakan, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 38 dan 4‎9 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama polis bantuan Felda Umas yang melakukan serbuan di kilang papan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketika tangkapan dilakukan ‎suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan polis.

"Pemeriksaan terhadap beg yang digalas yang dibawa suspek berjaya menemui dua bungkusan plastik minuman dan mi segera didalamnya.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat tiga bungkusan kecil 'teh china' dipercayai berisi dadah jenis syabu," katanya ketika ditemui dalam majlis sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, tadi.

Fadil berkata, dianggarkan berat dadah yang ditemui adalah sebanyak 1.4 kg dan bernilai RM110,000 dipercayai bakal diedar di sekitar kawasan berkenaan.

"Dua lelaki terbabit terpaksa ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 5:22 PM