Nor Azura Abduk Jalil


Kuala Lumpur: Seorang tukang rumah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas di Syria, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Kasyfullah Kasim, 38, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 27 November 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas membabitkan penggunaan senjata api untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi bagi mengugut orang awam di Syria.

Kesalahan itu dilakukan dengan cara memasuki Syria dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk memberi antara 28 Disember 2013 hingga 7 April 2014.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan (akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 4:02 PM