ZAIDI Yazid. FOTO fail NSTP
Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid, 57, yang dilaporkan hilang dipercayai selamat dan berada di Miri, Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan anak sulungnya Zaheera Zaidi, menerusi Facebook miliknya tengah hari tadi.

"Alhamdulillah berjaya dikesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil. Later saya akan update jika ada info. Saya pun belum dapat detail cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya kongsi di FB," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat ini beliau masih belum dapat membuat pengesahan berhubung perkara itu.

"Saya akan sahkan perkembangan ini sebaik mendapat keterangan terus daripada mangsa yang dikatakan berada di Miri, Sarawak," katanya.

Zaidi hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, jam 6 petang, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika keluar Zaidi memandu Proton Inspira berwarna hitam milik kerajaan.

Kali terakhir dia dapat dihubungi ahli keluarganya pada jam 8 pagi Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 4:51 PM