TAM (dua dari kiri) bersalam dengan Tengku Djan pada majlis pelancaran Maxx Oil NanoPLUS, semalam.
TAM (dua dari kiri) bersalam dengan Tengku Djan pada majlis pelancaran Maxx Oil NanoPLUS, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Shift Performance Asia (M) Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama minyak premium dari Amerika Syarikat, Maxx Oil menyasarkan peningkatan jualan sebanyak tiga hingga lima peratus dalam lima tahun akan datang bagi pasaran minyak pelincir tempatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Patrick Tam Wei Han berkata, sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2014, sambutan terhadap jenama itu memberangsangkan dan memenuhi keperluan minyak enjin bagi perlumbaan, pemanduan harian dan jentera berat.

“Bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, kami melancarkan produk terbaharu iaitu Maxx Oil NanoPLUS dengan ciri-ciri minyak enjin yang membantu mengurangkan geseran, menambahkan kuasa, lebih senyap dan mengurangkan kepanasan,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini, baru-baru ini.

Teknologi NanoPLUS melindungi dan memanjang hayat enjin melalui cara mekanikal daripada bahan kimia yang mengandungi berbilion nanometer bersaiz 4-6 yang mengubah geseran gelongsor yang biasa berlaku antara permukaan logam ke dalam geseran.

Ia dapat menjimatkan penggunaan bahan api hasil kecekapan enjin berfungsi dengan kelancaran tenaga berterusan daripada teknologi nano.

Pada majlis itu, syarikat turut melantik pelumba drift negara, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel sebagai duta jenama itu di Malaysia dan menajanya untuk siri kejohanan yang bakal disertai tahun ini.

“Bagi mengukuhkan jenama dan meluaskan pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara, kami melantik Juara Formula Drift Asia sebanyak dua kali sebagai duta kerana kecemerlangannya dalam dunia perlumbaan kereta tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Maxx Oil NanoPLUS menawarkan minyak separuh sintetik atau penuh bermula pada harga RM128 hingga RM228 untuk empat liter yang mematuhi piawaian tertinggi Institut Petroleum Amerika (API).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 7:01 AM