DYCHE dijulang pemain Burnley.
DYCHE dijulang pemain Burnley.

London: Burnley kembali ke Liga Perdana pada percubaan pertama selepas kemenangan 1-0 ke atas QPR memastikan kejayaan mereka melonjak dari Liga Kejuaraan, awal pagi semalam.

Anak buah Sean Dyche menyedari tempat lumayan ke liga utama hampir berada dalam genggaman selepas pencabar Brighton diikat seri tanpa jaringan oleh Derby pada perlawanan terdahulu.

Ketika Middlesbrough, satu daripada tiga pasukan yang bersaing merebut tempat automatik, seri di Birmingham Jumaat lalu, laluan untuk naik divisyen terbentang luas buat Burnley dan Sam Vokes memastikan kejayaan mereka dengan gol kemenangan pada minit ke-61. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 9:47 AM