Wan Nur Ameera Meor Rozman

Selepas tampil dengan pelbagai aplikasi telefon pintar, kini Google sekali lagi mengorak langkah dalam dunia teknologi dengan perkenalan Google Camera.

Kini, pengguna telefon pintar semakin kreatif dan bijak dalam menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya agak memuaskan seperti menggunakan sebuah kamera DSLR.

Tidak dinafikan ada diantara kita yang gemar menggunakan aplikasi kamera untuk menghasilkan gambar yang cantik serta berkualiti tinggi.

Dengan pemilihan lima fungsi utama daripada Google Camera iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur, Camera, dan Video, ia mampu menghasilkan gambar yang hebat.

Bagaimanapun, hasil berkenaan tetap bergantung kepada kreativiti pengguna dalam memilih fungsi mengikut persekitaran yang sesuai.

Selain penyediaan mod gambar, Google juga menampilkan penggunaan sudut luas, sesuai digunakan untuk mengambil gambar di kawasan lebih luas tanpa memerlukan penggunaan tambahan lensa luas.

Kebiasaannya, mod Panaroma dalam sesebuah kamera mahupun aplikasi lain hanya berada dalam bentuk melintang (pergerakan kiri ke kanan), tetapi Google Camera bukan sahaja menawarkan anda merakam foto secara melintang, malah menegak, segi empat dan bulat (fish eye).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 11:20 AM