X
PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun dan mengasingkan borang serta peralatan mengundi di bilik operasi sebelum dihantar ke pusat mengundi. FOTO Bernama
PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun dan mengasingkan borang serta peralatan mengundi di bilik operasi sebelum dihantar ke pusat mengundi. FOTO Bernama
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Betong: PAS yakin menang sekurang-kurangnya empat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Beting Maro antara kawasan yang diyakini mampu untuk dirampas semula.

Katanya, rumusan itu dibuat berdasarkan hasil yang diperoleh sepanjang kempen dan pertemuan dengan pengundi di 11 kawasan yang ditandingi parti itu.

"Saya tidak boleh dedahkan semua kawasan yang diyakini menang tapi kerusi Beting Maro antara yang boleh dimenanangi.

"Walau apa pun, jentera parti perlu bekerja lebih keras di saat akhir ini untuk mencapai tujuan itu," katanya ketika ditemui di Markas PAS Beting Maro, di sini, hari ini.

PAS meletakkan calon muslimat muda Hamidah Mokhtar bagi kerusi Beting Maro.

Beting Maro yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN) menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 7:11 PM