NANASHEME lihat sudut positif kerana apa disampaikan menerusi lagu Boleh Blah sekadar hiburan.
Ramlah Zainal


Sebelum ini Nanasheme, 21, sering memuat naik lagu saduran di laman sosial YouTube dan siapa sangka kini gadis bertubuh kecil ini bergelar artis rakaman dan digilai ramai menerusi lagu Hantu Atau Buaya

Ternyata, keunikan lagu ciptaan DJ Fuzz dan Adeep Nahar yang berentak moden dan ‘catchy’ memberi impak besar pada karier seninya sejak tiga tahun lalu.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Nur Nabilah Hashimi gembira dengan sambutan yang diberikan peminat terhadap singlenya itu.

“Sebenarnya, Hantu Atau Buaya adalah single kedua. Sebelum itu saya pernah merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul Permintaan Hati, namun ia tidak sepopular Hantu atau Buaya.

“Saya akui Hantu Atau Buaya lebih ‘catchy’ dan sesuai dengan usia saya. Ia juga memiliki kekuatan dengan gabungan pelbagai genre muzik seperti elemen reggae, akustik dan pop.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 5:39 AM