LORENZO catat 1’32.830s.
LORENZO catat 1’32.830s.
Agensi

Le Mans, Perancis: Jorge Lorenzo mendahului pencabar lain termasuk Andrea Iannone dan Marc Marquez pada sesi latihan bebas Grand Prix Perancis, Le Mans dengan kelebihan separuh saat.

Pada sesi sebelah pagi, pelumba Honda Dani Pedrosa mendahului saingan dengan 1 minit 34.042 saat namun catatan itu tidak bertahan lama apabila pelumba lain memberi cabaran hebat pada sesi kedua.

Sesi ujian bebas kedua bermula dengan pelumba Yamaha Lorenzo mencatat masa sepusingan terpantas. Cuaca semakin mendung tetapi tidak hujan sepanjang sesi itu bagi membolehkan pelumba memperbaiki catatan masing-masing.

Selepas bermula cemerlang pada sesi itu, Lorenzo menamatkan sesi latihan kedua selaku penunggang terpantas dengan catatan 1’32.830s pada akhir sesi itu.

Sebagai satu-satunya pelumba yang mencatat masa 1’32s, Lorenzo meninggalkan Litar Le Mans petang semalam dengan kelebihan 0.339s berbanding pelumba Ducati Iannone.

Litar Le Mans sering menyaksikan aksi cemerlang pelumba Ducati dengan Iannone meneruskan tradisi apabila menamatkan sesi itu di tempat kedua, catatan terbaiknya hadir pada pusingan terakhir hari itu.

Marquez sekali lagi melengkapkan tiga catatan terpantas yang menyaksikan pelumba Honda itu menjadi penunggang terakhir mampu berada setengah saat berbanding masa dicatatkan Lorenzo.

Pelumba Yamaha Pol Esparago meraih satu satunya kedudukan barisan pertama MotoGP di Le Mans menerusi pembabitkan awalnya dan selepas berdepan masalah sepanjang tahun lalu, pelumba Sepanyol itu kembali cemerlang dengan menamatkan sesi latihan di tempat keempat.

Andrea Dovizioso (Ducati) melengkapkan tiga tangga teratas, menjadikan Ducati satu-satunya pasukan pengeluar dalam kelompok lima teratas.

Pelumba Itali itu ketinggalan 0.744s berbanding Lorenzon dalam usaha merebut permulaan barisan hadapan buat kali kelima berturut-turut di Perancis, mengatasi nasib malangnya pada permulaan sama sejak awal tahun ini.

Aleix Espargaro (Suzuki), Maverick Vinales ( Suzuki), Dani Pedrosa (Honda), Hector Barbera (Avintia Racing) dan Valentino Rossi (Yamaha) melengkapkan 10 catatan terpantas.

Sewaktu Lorenzo mengatasi catatan masanya dari sesi latihan bebas pertama dengan 1.2 saat, Rossi hanya mampu memperbaikinya sebanyak setengah saat, ketinggalan 1.1 saat berbanding rakan sepasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:05 AM