BIDANG Teknologi Makmal Perubatan mempunyai potensi besar dalam industri kerjaya negara.
Oleh Ruhaiza Rusmin

Perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang semakin berkembang pesat turut menyaksikan peningkatan permintaan tenaga kerja berkelayakan dan mahir dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan (MLT).

Skop tugas ahli teknologi makmal perubatan antaranya menjalankan analisis darah, cecair badan, sel dan tisu, membantu doktor menentukan penyebab penyakit dan memberikan rawatan untuk pelbagai penyakit.

Mereka juga membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan di makmal.

Ujian makmal adalah satu aspek penting dalam bidang perubatan untuk pengesanan diagnosis, pencegahan dan rawatan penyakit dihidap manusia.

Kini, tugasan dalam bidang ini menjadi semakin mudah dengan bantuan sistem komputer manakala ahli MLT melakukan kerja menganalisis dan mentafsir keputusan.

Kolej PTPL turut menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan bagi menyediakan peluang pengajian kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini.

Graduan program ini berpeluang menjadi pakar teknologi makmal perubatan di hospital kerajaan, makmal swasta, makmal rujukan, pembantu penyelidik di syarikat pengeluar dan pembekal ubat-ubatan, pembangunan produk dan farmaseutikal.

Kurikulum program ini direka khusus bagi membolehkan pelajar merasai pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, membina minda dan pemikiran kritis serta dimantapkan dengan kemahiran insaniah.

Ia turut menggabungkan pengetahuan daripada pendidikan bersepadu, sains kesihatan dan pendidikan makmal agar graduan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik setelah tamat pengajian kelak.

Graduan Kolej PTPL berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Bacelor) di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS).

Graduan juga boleh memohon untuk melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) melalui MSU International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

Hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my atau hantar SMS ke INFOPTPL

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:00 AM