HAFIZH Syahrin Abdullah. FOTO Petronas Motorsports
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pelumba Moto2, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan Grand Prix Perancis pada kedudukan kelapan di Le Mans, Perancis, petang tadi.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu bermula pada petak ke-17.

Perlumbaan dimenangi Alex Rins daripada Paginas Amarillas dengan masa 42 minit 27.312 saat.

Sementara itu, pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-14.

Pelumba berusia 18 tahun yang beraksi bersama Honda Team Asia bermula pada petak kesembilan.

Seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin yang beraksi bersama Drive M7 SIC Racing Team gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh seawal pusingan pertama.

Perlumbaan di Le Mans itu dimenangi Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo dengan masa 41 minit 31.041s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 8:49 PM