MANGSA maut selepas terjun dari tingkat 10 di Flat Kampung Seri Aman , Seri Kembangan. FOTO ihsan pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Serdang: Seorang wanita maut selepas bertindak terjun dari tingkat 10, Flat Kampung Aman, Seri Kembangan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.35 pagi itu, wanita berusia 21 tahun terjun dari tangga di tingkat 10 Flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

"Identiti mangsa kini masih dalam siasatan, menurut saksi awam, wanita berkenaan mula naik menggunakan tangga kita-kira jam 8 pagi.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 4:08 PM