Hubungan cinta remaja Chloe dan Brooklyn menarik perhatian selepas mereka dikesan keluar bersama di London baru baru ini. FOTO DAILY MAIL
Susunan Michelle Gun


Pelakon Chloe Grace Moretz,19, mengakui bercinta dengan anak selebriti bola sepak David Beckham, Brooklyn pada program Bravo's Watch What Happens Live, semalam.

Bintang The 5th Wave itu mengesahkan khabar angin bercinta semula dengan Beckham, 17, ketika ditanya pengacara program berkenaan, Andy Cohen.

"Orang pasti berhenti mempedulikan kami sekiranya saya mengakui. Jadi, ya, kami memang bercinta," katanya.

Menurut Daily Mail, spekulasi pasangan itu kembali bercinta timbul selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama di London awal April lalu.

Malah baru-baru ini, Beckham seolah mengesahkan hubungan mereka dengan memuat naik gambar bersama Moretz di sosial media.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 10:24 PM