CEF Ismail kendalikan program Chef Mail Masak Bersama Pensonic dengan selebriti tempatan.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Memasak dan makan di rumah bukan saja memupuk keakraban keluarga, tetapi juga lebih bersih dan sihat kerana anda mempunyai lebih kawalan ke atas apa yang digunakan untuk memasak makanan anda.

Kempen terbaru Pensonic menampilkan program Memasak Bersama Cef Raya-Merdeka Musim Ketiga dengan tiga kali keseronokan dan kehebatan apabila sebilangan pengguna yang memenangi peraduan Chef’s Like akan mendapat peluang memasak bersama selebriti tempatan dan Rakan Pensonic, Datuk Cef Ismail dalam program masakan itu.

Antara barisan selebriti yang turut menyerikan program masakan ini ialah Zara Zya, Nadiya Nisaa, Faizal Hussein, Sherry Ibrahim, Marsha Milan Londoh, Ungku Ismail, Abam Bocey, Amber Chia, Alan Yun, Sari Yanti, Fendi Balas, Elfira Loy, Cef Florence Tan dan bintang OLA-BOLA.

Program yang akan diadakan pada 31 Julai ini adalah kesinambungan program memasak bersama Cef Ismail tahun lalu yang mendapat sambutan mengalakkan.

Pemenang dan peserta bukan saja dapat mengambil bahagian dalam acara memasak beramai-ramai untuk belajar memasak, malah dapat membawa pulang satu periuk serbaguna Pensonic dan barangan menarik sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka terhadap jenama itu.

Selain pertandingan Facebook, demonstrasi masakan dan acara masak beramai-ramai, tahun ini juga memberi peluang kepada pemenang pertandingan Masak Bersama Selebriti dan Cef Ismail untuk menampilkan kemahiran mereka dalam program memasak yang menarik, Chef Mail Masak Bersama Pensonic dengan selebriti tempatan.

Penonton di rumah yang menonton rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dengan menyertai peraduan Tonton dan Menang di Facebook Pensonic.

Peraduan gambar Instagram akan diadakan di lokasi terpilih dan terdapat juga cabutan bertuah dalam semua kelas masakan dan lebih banyak hadiah menanti pemenang dan tetamu.

Program Memasak Bersama Cef Raya-Merdeka Musim Ketiga Pensonic yang bermula pada 1 April dan berakhir pada 10 Julai 2016 membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai kelas memasak eksklusif Cef Ismail dengan menyertai peraduan Pensonic Chef’s Like.

Pelanggan perlu melengkapkan beberapa langkah mudah supaya berpeluang memenangi tiket percuma ke kelas masakan yang dinanti-nantikan ini. Cuma beli sebarang produk siri Chef’s Like, isikan borang penyertaan dengan butir diri peserta, lengkapkan slogan yang mudah, lampirkan kad jaminan produk dan resit sebagai bukti pembelian, kemudian hantarkan dokumen terbabit ke alamat yang dinyatakan.

Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk melihat Cef Ismail menyediakan masakan tradisional dan juga masakan moden dalam kelas memasak yang amat menghiburkan.

Kempen Musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef’s Like di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016, Pulau Pinang (7 Ogos), Kuching (14 Ogos) dan Johor Bahru (20 Ogos).

Chef Mail Masak Bersama Pensonic, rancangan yang unik kerana pemenang peraduan berpeluang memasak makanan pilihan mereka untuk Cef Ismail dan seorang selebriti tempatan.

Kempen itu diharap dapat menawan hati peminat masakan yang menghargai kepentingan hidangan yang sihat dan menarik. Kelas masakan itu memberi tumpuan kepada hidangan tempatan yang lazat dan mudah. Pensonic berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai pentingnya menyediakan makanan mereka sendiri, berkongsi dan makan bersama-sama keluarga dan rakan.

Dengan peralatan dapur Pensonic Chef’s Like di dapur anda, sesiapa saja boleh menjadi seorang cef yang cekap di rumah seperti yang ditunjukkan Cef Ismail dalam kelas memasaknya.

Untuk maklumat lanjut boleh mengunjungi laman Facebook Pensonic Malaysia, laman web pensonic.com atau menghubungi talian khidmat pelanggan Pensonic 1-800-881-770.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 5:06 AM