KUMPULAN Hindu Sena mendoakan kejayaan Trump.
KUMPULAN Hindu Sena mendoakan kejayaan Trump.
AP

New Delhi: Puluhan anggota sebuah kumpulan beragama Hindu mengadakan ritual dan membacakan mantera mendoakan kejayaan bilionair Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Trump yang mendominasi kempen pilihan raya setakat ini diminati kumpulan itu kerana gesaannya supaya melarang orang Islam memasuki AS seterusnya meraih peminat tidak dijangka di India.

Pengasas kumpulan Hindu Sena, Vishnu Gupta berkata: “Seluruh dunia bencikan pengganas Islam dan India sekalipun tidak terselamat daripadanya. Hanya Trump mampu menyelamatkan kemanusiaan.”

Anggota kumpulan itu berhimpun di atas selimut yang dibentangkan di sebuah taman di New Delhi dengan beberapa patung dewa selain gambar Trump yang tersenyum lebar.

Di atasnya kain rentang mengumumkan sokongan untuk Trump ‘kerana dialah harapan kemanusiaan terhadap pengganas Islam.’ - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 7:52 AM