ROSBERG (kiri) bergambar bersama peminat.
Reuters

Barcelona: Pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu Nico Rosberg mencatat masa terpantas sesi latihan bebas Grand Prix Sepanyol yang mungkin menyaksikan pelumba Mercedes itu meraikan kemenangan kelapan berturut-turut.

Pelumba Jerman itu yang bakal menjadi pelumba ketiga memenangi lima perlumbaan pertama musim ini selepas rakan senegara Michael Schumacher dan Nigel Mansell dari Britain jika dia memenanginya esok, mendahului saingan dengan catatan masa terpantas 1 minit 23.922 saat.

Pelumba Ferrari Sebastian Vettel yang mencatat masa terpantas pada sesi pagi dengan 1:23.951 di tempat keempat pada sesi petang.

Kedua-duanya berada di bawah catatan masa petak pertama Rosberg pada 2015 iaitu 1:24.681.

Rakan sepasukan Vettel Kimi Raikkonen kedua terpantas pada kedua-dua sesi, ketinggalan 0.254s kepada Rosberg pada sebelah petang, dengan juara dunia tiga kali Lewis Hamilton keempat pada sebelah pagi tetapi mencatat masa ketiga terpantas selepas waktu makan tengahari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:17 AM