X
ATASI rakan sepasukan Rosberg untuk bermula di depan.
ATASI rakan sepasukan Rosberg untuk bermula di depan.
AFP

Barcelona: Lewis Hamilton merampas petak pertama buat kali pertama selepas tiga perlumbaan dengan mengatasi rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg pada sesi kelayakan menjelang Grand Prix Sepanyol hari ini.

Juara dunia tiga kali itu yang ketinggalan 43 mata berbanding Rosberg dalam perburuan kejuaraan, kembali mencatat masa terpantas dengan aksi cemerlang pada sesi kelayakan kedua dan ketiga.

Dia menamatkan sesi kelayakan dengan catatan sepusingan terbaik 1 minit 22 saat, 0.280 saat mendahului Rosberg pada hari yang menyaksikan pelumba remaja Max Verstappen membuktikan mengapa dia ‘dinaikkan pangkat’ dari Toro Rosso ke Red Bull.

Pelumba Belanda berusia 18 tahun itu mencatat masa kedua terpantas pada satu ketika dan kepantasannya memberi inspirasi kepada rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo dari Australia untuk bangkit dengan keputusan lebih baik pada kelayakan ketiga.

Ini bermakna dua pelumba Red Bull memisahkan Mercedes daripada pencabar utama mereka Ferrari yang menduduki tempat kelima dan keenam dengan pelumba Finland Kimi Raikkonen mendahului juara dunia empat kali Sebastian Vettel pada saat akhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 5:15 AM