Melaka: Sebanyak 40 waran tangkap diselesaikan dan 125 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan Trafik oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bermula malam tadi.
Operasi bermula dari 11 malam hingga 6.30 pagi di sekitar Melaka Sentral dengan kekuatan lebih 100 pegawai dan anggota pelbagai bahagian.
Difahamkan, polis menutup lapan jalan sebelum 298 orang, 270 motosikal dan 11 kereta diperiksa.
Sumber polis berkata, saman yang dikeluarkan membabitkankesalahan tidak memiliki cukai jalan, lesen memandu, nombor pendaftaran, lampu brek dan pelbagai lagi.
"Kita menyita 35 motosikal dan menyelesaikan 40 waran tangkap ke atas 19 lelaki berusia 17 hingga 28 tahun," katanya.