Susunan Michelle Gun


Walaupun Chloe Grace Moretz bukan pelakon bermasalah, bintang The 5th Wave itu terpalit kontroversi panas membabitkan dua selebriti Hollywood, awal tahun ini.

Mac lalu, pelakon berusia 19 tahun itu dikecam peminat Kim Kardashian selepas menegur tindakan sosialit itu memuat naik gambar bogel di media sosial.

Tidak lama selepas itu, Moretz sekali lagi berdepan kritikan peminat Taylor Swift kerana menolak pelawaan penyanyi terbabit untuk menyertai pasukannya.

Walaupun menegaskan dirinya tiada niat buruk terhadap Swift, pendapat Moretz terhadap penggunaan perkataan ‘pasukan’ seolah-olah menggambarkan ia ‘eksklusif’ lalu menimbulkan rasa kurang puas hati peminat Swift terhadapnya.

Menjelaskan kontroversi itu kepada pengacara program Watch What Happens Live, Andy Cohen pada Isnin lalu, Moretz berkata, kenyataannya diputar belit media bagi mensensasikan isu berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 5:42 AM