Reaksi Hodgson pada sesi pengumuman awal skuad England ke Euro 2016. FOTO REUTERS
AFP

London: Pemain remaja sensasi Manchester United Marcus Rashford dan pemain sayap Newcastle United Andros Townsend berada dalam senarai 26 pemain awal skuad England untuk Euro 2016.

Rashford, 18, belum ada kap antarabangsa begitu menyerlah bersama United musim ini meledak tujuh gol dalam 16 perlawanan.

Townsend meraih 10 kap bersama England turut cemerlang selepas menyertai Newcastle daripada Tottenham Hotspur Januari lalu.

Jack Wilshere (Arsenal) dan pemain Liverpool, Jordan Henderson juga tersenarai selepas diketepikan dalam Liga Perdana kebelakangan ini tetapi Theo Walcott tidak tersenarai.

Pengurus England Roy Hodgson berkata dalam sidang di Wembley: "Dia (Rashford) berhak dipilih. Ia pasti sesuatu menarik dapat melihat apa mampu dilakukannya biarpun hanya ada tempoh seminggu menjalani latihan sebelum saya memilih skuad terakhir 23 pemain”. AFP

Senarai awal skuad England

Penjaga gol: Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Manchester City), Tom Heaton (Burnley)

Bahagian pertahanan: Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Danny Rose (Tottenham Hotspur), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Everton), Kyle Walker (Tottenham Hotspur)

Bahagian tengah: Dele Alli (Tottenham Hotspur), Ross Barkley (Everton), Fabian Delph (Manchester City), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Danny Drinkwater (Leicester City), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Liverpool), James Milner (Liverpool), Raheem Sterling (Manchester City), Andros Townsend (Newcastle United), Jack Wilshere (Arsenal)

Bahagian serangan: Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United), Wayne Rooney (Manchester United, capt), Daniel Sturridge (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester City)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 10:20 PM