PREMIS perjudian diserbu polis. FOTO Ihsan polis.
PREMIS perjudian diserbu polis. FOTO Ihsan polis.
PERALATAN perjudian yang dirampas. FOTO Ihsan polis.
PERALATAN perjudian yang dirampas. FOTO Ihsan polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Seramai 44 orang ditahan Skuad Taktikal Khas Anti maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman dalam dua serbuan serentak di premis judi sekitar Kulim dan Sungai Petani petang semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, sebanyak 17 buah premis judi membabitkan 11 premis di Kulim dan enam di Sungai Petani diserbu dan memeriksa 144 orang.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, daripada pemeriksaan seramai 44 orang ditahan berusia 21 hingga 43 tahun.

Menurutnya, pecahan tangkapan membabitkan 15 penjaga premis, 27 kaki judi dan dua penjual loteri haram.

" Kita turut merampas wang tunai RM2,306, komputer, mesin simulator dan peralatan perjudian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953, Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Seksyen 4A (a) ARJT," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 9:16 AM