TRAK Quester 8L. FOTO Saifullizan Tamadi
Nabil Basaruddin


Serdang: Tan Chong Industrial Equipment (TCIE), pengedar tunggal UD Trucks hari ini memperkenalkan model terbaru traknya, Quester, dengan varian Quester 8L ke pasaran Malaysia.

Trak berkenaan turut diperhebat dengan sistem UD Telematics yang dapat membantu pengguna memantau keadaan trak serta langkah pemanduan menjadikan ia lebih efisien dan jimat bahan api.

Pengarah Eksekutifnya, Tan Keng Meng berkata, bagi model baru itu ia kini menawarkan pengalaman penggunaan bagi semua jenis operasi perniagaan dari pengangkutan jarak jauh, pengedaran dan pengangkutan serantau.

Menurutnya, edisi baharu Quester 8L itu didatangkan dalam konfigurasi 4x2, 6x2 dan 6x4, manakala bagi model sedia ada Quester 11L, ia ditampilkan dengan konfigurasi 4x2, 6x2 dan 8x4.

"Trak-trak Quester dikenali kerana kecekapan penggunaan bahan apinya yang bertaraf dunia dan keyakinannya dalam pelbagai aplikasi serta tawaran pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran trak Quester 8L baru di sini, hari ini.

Model baru berkenaan kini sudah mula berada di pasaran dan ditawarkan pada harga antara RM230,000 hingga RM280,000 dan ia adalah tertakluk kepada spesifikasi tempahan mengikut permintaan pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 8:32 PM