CEO MB Inc Datuk Aminuddin Hashim menunaikan solat Zohor menggunakan prototaip surau bergerak dikenali sebagai mobile musolla. - Foto L MANIMARAN
CEO MB Inc Datuk Aminuddin Hashim menunaikan solat Zohor menggunakan prototaip surau bergerak dikenali sebagai mobile musolla. - Foto L MANIMARAN
BERNAMA

Parit Buntar: Perak akan menyediakan perkhidmatan surau bergerak atau 'mobile musolla' sebelum akhir tahun ini,.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) Datuk Aminuddin Hashim berkata, surau itu dibangunkan MB Inc menggunakan lori tiga tan yang diubah suai dan dicat dengan warna kuning, putih serta hitam melambangkan negeri Perak.

"Surau bergerak ini menyediakan ruang solat berasingan untuk muslimin dan muslimah, tempat mengambil wuduk, dilengkapi kanvas khas sebagai bumbung serta permaidani untuk keselesaan di samping mempunyai sistem pembesar suara, " katanya selepas majlis pelancaran prototaip perkhidmatan surau bergerak di sini, hari ini, oleh Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Zambry berkata, perkhidmatan surau bergerak sebagai alternatif memudahkan umat Islam menunaikan solat terutama ketika keramaian di kawasan yang tiada surau atau masjid berdekatan.

“Bagi MB Inc, ini peluang syarikat melakukan amal jariah di samping menyumbang kepada usaha melaksanakan konsep mesra belia bagi menarik minat golongan muda," katanya.

Menurut Zambry surau bergerak itu dibangunkan dengan kerjasama badan bukan kerajaan, Badan Nadwah Islamiyah Pahang tahun lalu, dengan kos

sekitar RM200,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 9:43 PM