Antara yang ditahan guna MyKad palsu dan milik orang lain. FOTO ihsan JPN
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Seramai 18 orang termasuk enam wanita yang berusia antara 24 hingga 61 tahun ditahan selepas menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain dalam serbuan di Bandar Seri Alam Masai, Johor awal pagi hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Yazid Ramli, Ops Terancang JPN itu bermula 1 pagi.

Katanya, siasatan lanjut mendapati mereka berasal dari Zamboanga dan Basilan, Selatan Filipina dan berbangsa Tausug (Suluk).

"Semua yang ditahan mendakwa membeli MyKad yang digunakan dari ejen di Sandakan, Sabah dengan harga RM300 hingga RM2,500.

"Bagi mengelakkan ditahan semasa operasi dijalankan, terdapat segelintir daripada mereka menjadikan Surau Al-Husna di kawasan perumahan itu sebagai tempat perlindungan bagi mengelak dicekup," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 4:14 PM