BINTANG legenda Amy Search turut berkongsi inspirasi.
JC Chee.
PADANAN ringkas namun menyerlahkan gaya si pemakai.
SOO Winci menzahirkan dirinya dengan jenama ini.
Siti Zarinah Sahib


Levi’s meneruskan kempen global pelbagai fasa, Live In Levi’s dengan pelancaran kempen We Are Original. Kempen baru ini bertujuan mengaktifkan komuniti global peminat Levi’s untuk berkongsi pengalaman masing-masing serta kisah unik mereka bersama Levi’s.

Menurut Pengarah Komersil Levi Strauss Malaysia, Anitha Narayanan, peminat yang memakai Levi’s menjadi sumber inspirasi jenama ini. Justeru, ia mengadakan kempen ini bagi meraikan bagaimana seantero dunia menyemarakkan semangat hidup dengan Levi’s melalui gabungan penceritaan dengan media sosial pada skala global.

“Produk sendiri, gaya tersendiri, tempah suai sendiri dan pakaian sendiri melebihi 140 tahun dulu, Levi’s dicintai dan ditafsirkan sendiri oleh si pemakainya. Ia bagaikan kanvas kosong untuk melakarkan ekspresi diri yang menjadikan setiap orang merasakan diri mereka dihargai,” katanya.

Warisan menempah suai yang bermula pada 2015 kini berterusan untuk memperkasa insan kreatif mengekspresi diri. Gaya mereka memakai jean 501 dan mengembara ke tempat lain, ternyata mengubah penampilan jean.

Levi’s bukan sekadar pakaian kasual tetapi diraikan dengan kepelbagaian pilihan untuk lelaki dan wanita. Pelancaran Kempen We Are Original dan juga Sambutan Ulangtahun Levi’s 501 di Malaysia menampilkan barisan tokoh tempatan daripada pelbagai bidang.

Antara mereka ialah bintang rock legenda Amy Search, pemenang Asia’s Next Top Model Season 2, Sheena Liam, rapper SonaOne, ahli gimnastik, Farah Ann, penulis blog terkemuka, Jane Chuck, penyanyi soul wanita, Najwa Mahiaddin, pasangan dinamik daripada Jinnyboy TV, Jin Lim dan Rueben Kang juga jurufoto terkenal, Chuan Looi, yang bersama-sama berkongsi kisah denim mereka di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 5:01 AM