VIKTOR Axelsen meraikan kemenangannya ke atas Tommy Sugiarto pada perlawanan perseorangan Piala Thomas. FOTO AFP
VIKTOR Axelsen meraikan kemenangannya ke atas Tommy Sugiarto pada perlawanan perseorangan Piala Thomas. FOTO AFP
Saiful Affendy Sapran


Kunshan, (China): Denmark muncul juara Piala Thomas buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi final di Pusat Sukan Kunshan,hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Denmark muncul negara kelima memenangi piala berprestij itu selepas Indonesia sebanyak 13 kali, China (9), Malaysia (5) dan Jepun sekali, dua tahun lalu.

Perseorangan pertama Tommy Sugiarto gagal meraih mata pertama selepas tewas 17-21, 18-21 kepada Viktor Axelsen.

Bagaimanapun beregu pertama Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menyamakan kedudukan selepas mencatat kemenangan ke atas Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding 21-18, 21-13.

Jan O Jorgensen kembali meletakkan Denmark di depan selepas mudah menewaskan Anthony Ginting 21-17, 21-12.

Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi berjaya menyamakan kedudukan selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-16, 21-14.

Perseorangan ketiga Denmark Hans Kristian Vittinghus menyumbang mata kemenangan selepas menewaskan Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:34 PM