Nor Farhani Che Ad


Kulim: Sebanyak 10 Pusat Pengajian Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara ditukar nama ke Kolej Tingkatan Enam bermula hari ini untuk memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, penukaran nama itu tidak termasuk Pusat Pengajian Tingkatan Enam Mod 2 dan 3.

Menurutnya, Kolej Tingkatan Enam ini mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran sendiri dengan beroperasi sekurang-kurangnya 12 kelas.

“Mod 2 merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan sekolah arus perdana manakala Mod 3 untuk pemusatan kurang 12 kelas dan berkongsi blok sekolah arus perdana.

“€œPenukaran nama ini untuk memberi motivasi kepada pelajar selain menyediakan persekitaran sekolah yang lebih kondusif sekali gus mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih teratur,” katanya selepas merasmikan Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri dan Majlis Komensmen Kali Ke-2 di kolej itu di Padang Serai, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 9:33 PM