Ibrahimovic berhijrah ke Old Trafford. FOTO GETTY
Express UK

Manchester: Zlatan Ibrahimovic dilapor menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United musim depan sebagai pembantu pengurus kepada Jose Mourinho.

Mourinho akan menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford minggu ini biarpun United menjulang gelaran Piala FA mengatasi Crystal Palace.

Ibrahimovic mengesahkan akan meninggalkan Paris Saint-Germain penghujung musim ini selepas empat tahun beraksi di Parc des Princes.

Beberapa kelab termasuk United, Arsenal, West Ham dan Chelsea dikait untuk penghijrahan pemain antarabangsa Sweden itu.

Menurut akhbar sukan Sweden Sportsbladet, United memenangi saingan untuk pemain berusia 34 tahun itu dan dia akan bekerjasama dengan Jose Mourinho di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 4:27 PM