HAFIFI menjalani latihan 19 Mei lalu. FOTO Hasriya yah Sabudin
HAFIFI menjalani latihan 19 Mei lalu. FOTO Hasriya yah Sabudin
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) membuat keputusan untuk memilih pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Hafifi Mansor sebagai wakil negara untuk beraksi di Olimpik Rio pada Ogos nanti.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Kehormat PABM Pang Siew Huat selepas pihaknya membuat penilaian dari semua aspek.

Hafifi akan beraksi dalam kategori 69 kilogram.

Malaysia meraih satu tiket ke Olimpik Rio apabila melayakkan diri menerusi saingan berpasukan pada Kejohanan Angkat Berat Asia di Tashkent, Uzbekistan penghujung bulan lalu.

Lapan atlet negara seperti Hafifi Mansor, Zulhelmi Md Pisol, Azroy Wafie dan Aznil Bidin menyumbang kepada kejayaan itu.

Hafifi sebelum ini sudah melahirkan keyakinannya untuk terpilih dengan atlet dari Terengganu berkenaan berada di ranking ke-13 dunia.

Atlet angkat berat terakhir yang beraksi di Olimpik adalah Amirul Hamizan Ibrahim pada Beijing 2008 selepas layak secara merit secara individu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 1:14 PM